Wednesday 1 June 2011

sibuk

satu perkataan sudah cukup sebagai alasan kenapa blog ni bersawang.
Blog ini akan terus bersawang sehingga 

Friday 20 May 2011

Alergik bila


Kenapa?? Kenapa?!
Kan masih ada lagi satu tandas?
Ezi hanya satu langkah lagi nak masuk dalam tandas.
Ezi alergik!!!

Jika awak alergik juga,
vote sini
hehe

Tuesday 10 May 2011

Mothers Day / Hari Ibu

Bagaimana Ezi meraikan Hari Ibu








Kenapa hanya pada Hari Ibu,
kita menunjukkan penghargaan kita pada setiap titik lelah ibu??

Kenapa hanya pada Hari Ibu,
kita meringankan bebannya dengan membantu dia membuat sarapan?

Kenapa hanya pada Hari Ibu?



Setahun ada 365 hari, ibu berpenat lelah selama 364 hari, tetapi hanya 1 hari kita meraikan ibu.

Jika awak Islam, tahukah awak, salah satu kewajipan anak adalah mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya.
Apakah hukumnya jika anak itu tidak mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibubapanya?
Jatuhkah hukum derhaka ke atas dia?

Apa yang saya tahu dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)

Jika awak bukan Islam pun, agama mana yang menghalang untuk mendoakan kesejahteraan kepada ibubapa?

Tiada gunanya awak meraikan Hari Ibu, tetapi pada hari biasa,
awak tidak menjalankan kewajipan awak sebagai anak yang soleh/solehah.

Maka, sempena Hari Ibu tahun ini,
marilah kita mulakan dengan mendoakan yang baik-baik untuk ibubapa
sehinggalah Hari Ibu/ Hari Bapa yang seterusnya.
Janganlah kedekut, doakan juga untuk semua ibubapa di dunia.
Doa tidak dicaj oleh Allah.

Marilah kita menyenangkan dan menghargai ibubapa SETIAP HARI.
Bukan hanya pada Hari Ibu/ Hari Bapa.

Untuk mama yang melahirkan saya,
saya berharap mama tidak berkecil hati, jika anak mama yang seorang ini,
selalu tidak mengucapkan Hari Ibu. Saya tidak mahu hipokrit.
Saya masih tidak tahu bila Hari Ibu/ Hari Bapa...
Bagi saya, hari2 adalah Hari Ibu/ Hari Bapa.

Sempena Hari Ibu yang tidak diketahui tarihknya,
Saya akan cuba untuk mendoakan yang baik2 untuk Mama, Papa,
dan semua ibubapa di dunia setiap hari.
Semoga Allah menerima doa saya.



*Entri ini untuk menyedarkan saya juga.

Jika awak rasa entri ni bagus
tolong saya dengan vote di sini

SHARE IF YOU CARE
di facebook/tweet





Wednesday 4 May 2011

WWWOW Digi -> Top LOL (Humor)





kalau-kalau awak lupa/ tak tahu,
bole tengok sini
(**,) wuuoah!! berjaya bt codes uuyeah





Jadi, Digi dah tolong Ezi,
apa kata awak tolong saya dengan support (suruh vote la)
share dekat facebook/tweet juga tau,
vote tau!

Ezi vogue,
Buat sirap selasih,
Awak vote,
Ezi ucap terima kasih

Tuesday 3 May 2011

Lukisan untuk soalan KENAPA

Kenapa blog ini sangat simple?
*hey less is more (lahh sangat)

Kenapa tak bagi makan Bloggy?
*dia ganti puasa!
alah mak! puasa tahun lepas tak ganti pun lagi



Yap! Haa nampak? Apa yang Ezi pikul..
24 jam sehari tak cukup..
Kalau sehari ada 48 jam,
mungkin setiap hari Ezi akan bagi Bloggy makan.
*tak pernah cukup dengan apa yang ada



Erghh memang sah Ezi dilahirkan bukan untuk memahami dunia codes neh..
Da byk kali try untuk buat codes untuk korang klik je,
pastu terus keluar link
Tak pe, Ezi belajar slow2

So, please support Ezi ( vote la maksud tersiratnya ^^, )


Tuesday 19 April 2011

Apa yang terjadi?

Mari mari kita tengok apa yang terjadi
Uh oh~ Sebelum tu,
kartun yang saya post ni,
sedikit rough dan comot
(menggunakan kertas kitar semula)
So, buat2 tak tahu dan tahu



Sabtu lepas seronok sangat, tengok movie ni




Cerita ini sangat sangat best.
Masa tengok trailer yang mula2 dalam wayang tu,
memang tak bajet la cerita ni best.
Lepas tu tertengok trailer dalam tv, 
ada scene monyet bergendang...
wuhh terus nak tengok.
Korang patot tengok,
confirm ah gelak sakai dalam wayang.
Kebanyakkan cerita kartun mesti best!


Tips!
Kalau nak tengok cerita kartun,
tengok la awal hari,
maksudnya, tengok pagi ke tengahari ke petang ke,
sebab masa ni, ramai papa dan mama
bawak anak2 dia tengok wayang.
Tengok wayang dengan budak2 seronok.
Sebab dorang akan gelak kaw2
(fakta Ezi~)




Balik dari wayang, terus tidur.
Bangun pun lagi lambat dari kucing.
Ayam pun give-up berkokok.



Bangun pun lambat kan,
tengahari selalu orang jual nasi campurkan,
sah2 dah semua kering kontang kan,
Encik Suria pun tegar memancar hebatnya,
memang sanggup berlapar daripada terkena panas.


Tetapi dengan teknologi masa sekarang ni,
bagi spesis yang tak tahan panas,
spesis yang malas nak keluar,
kita ada jalan penyelesaian,
Order Domino Pizza!!!
Free delivery~~
yeah free... dan murah murah!


ikhlas sangat copy kat web domino

Selalu saya makan topping ni je,
Dua regular pizza hanya RM30,
kalau ada kupon dia la.
Sedap~ dah la mengenyangkan perut
dan juga menenangkan hati dan perasaan~

Sos classified chicken tu, perghh
(air liur tengah meleleh ni)
sos dia tu macam satu perasaan sedap yang tak dapat digambarkan
heh




Sambil makan,
tengok lagi movie2 lama dalam external








oh oh~~!! ignore je tulisan kat belakang tu,
im reuse my paper to save my Earth~








Hehe, tak adalah lupa sebenarnya,
tapi, kerja kat office banyak.
ada banyak cerita nak share.
tapi tak sempat,
balik rumah nak makan lagi,
baju kena basuh tangan (tak ada mesin basuh!)
anak nak kena suap lagi,
kerja sekolah dorang lagi,
suami lagi
(ayyark!)




Kadang2 saya tengok kucing saya, 
telinga dia boleh bertukar jadi tanduk saiton!!!
Tapi betul jugak,
nasib baik tak ada follower
HAHAHA