Tuesday 10 May 2011

Mothers Day / Hari Ibu

Bagaimana Ezi meraikan Hari Ibu








Kenapa hanya pada Hari Ibu,
kita menunjukkan penghargaan kita pada setiap titik lelah ibu??

Kenapa hanya pada Hari Ibu,
kita meringankan bebannya dengan membantu dia membuat sarapan?

Kenapa hanya pada Hari Ibu?



Setahun ada 365 hari, ibu berpenat lelah selama 364 hari, tetapi hanya 1 hari kita meraikan ibu.

Jika awak Islam, tahukah awak, salah satu kewajipan anak adalah mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya.
Apakah hukumnya jika anak itu tidak mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibubapanya?
Jatuhkah hukum derhaka ke atas dia?

Apa yang saya tahu dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)

Jika awak bukan Islam pun, agama mana yang menghalang untuk mendoakan kesejahteraan kepada ibubapa?

Tiada gunanya awak meraikan Hari Ibu, tetapi pada hari biasa,
awak tidak menjalankan kewajipan awak sebagai anak yang soleh/solehah.

Maka, sempena Hari Ibu tahun ini,
marilah kita mulakan dengan mendoakan yang baik-baik untuk ibubapa
sehinggalah Hari Ibu/ Hari Bapa yang seterusnya.
Janganlah kedekut, doakan juga untuk semua ibubapa di dunia.
Doa tidak dicaj oleh Allah.

Marilah kita menyenangkan dan menghargai ibubapa SETIAP HARI.
Bukan hanya pada Hari Ibu/ Hari Bapa.

Untuk mama yang melahirkan saya,
saya berharap mama tidak berkecil hati, jika anak mama yang seorang ini,
selalu tidak mengucapkan Hari Ibu. Saya tidak mahu hipokrit.
Saya masih tidak tahu bila Hari Ibu/ Hari Bapa...
Bagi saya, hari2 adalah Hari Ibu/ Hari Bapa.

Sempena Hari Ibu yang tidak diketahui tarihknya,
Saya akan cuba untuk mendoakan yang baik2 untuk Mama, Papa,
dan semua ibubapa di dunia setiap hari.
Semoga Allah menerima doa saya.



*Entri ini untuk menyedarkan saya juga.

Jika awak rasa entri ni bagus
tolong saya dengan vote di sini

SHARE IF YOU CARE
di facebook/tweet





No comments:

Post a Comment